skizo clanz


Wednesday, September 17, 2008

Permulaan masa depan…

Semua perkara dalam dunia ini berlaku mempunyai sebab yang tersendiri.
Contohnya aku , dengan persoalan serius yang sering bermain dalam fikiran muda dan meningkat matang ini dari hari ke hari , minggu ke minggu , tahun ke tahun. Setiap sumber aku mencari jawapannya dengan memandang , mendengar , berbual dan sebagainya tetapi masih gagal. Adakah aku tidak cukup pandai? adakah aku hanya insan yang tidak buta tetapi tidak dapat melihat? Apa sebenarnya yang aku mahu? Kenapa begini dan kenapa begitu. Mungkin hanya aku seorang yang melihat dan menilai situasi ini sedangkan yang lain alpa di hanyut kemahuan sendiri?


Perspektif dan ironinya adalah individu yang berjalan dalam dunia tumpangan dan sementara ini dengan keangkuhan tersendiri. Tanpa mengetahui keangkuhan berakhir dengan kelibat deretan masalah tiada penyudahan. Pada aku itulah antara persoalan – persoalan duniawi dan peribadi terbuka yang hanya ada dalam genetik – genetik tertentu. Setiap persoalan dan misteri yang tidak dapat dirungkai bukan kerana aku tidak bijak cuma aku hanya tidak tahu bagaimana ingin merungkainya. Para idealis dan bijak pandai mengkaji kehidupan dari setiap aspek melalui pendekatan yang pelbagai. Terhasil cuma teori – teori bernas dan kadang kala tidak berasas bagi golongan tradisional yang ditelan zaman dan budaya. Peranan berimpak maksima samaada penghasilan kemajuan kehadapan atau kemunduran drastik penuh kemusnahan zaman kemajuan tamadun duniawi ciptaan ideologis penghuni itu sendiri tidak dinilai dan dikaji sedalam lurang di lautan. Jika direnungkan sedalam atau sejauhnya kita siapa dalam kehidupan ini yang mengabdikan hidup dalam ruang pinjaman separa kekal oleh Yang Maha Pencipta,sangat kerdil dan tanpa kuasa.
Hanya segelintir berkuasa cuma pada nama kuasa dunia bukan kuasa yang sebenarnya kuasa, menongkat dagu setinggi langit bercakap megah tanpa pengisian yang sahih menjatuhkan segalanya tanpa rasa tersisih. Lumrah sungguh kejam apabila diberikan akal fikiran bersama nafsu kenikmatan. Itulah kehidupan berasaskan fikiran melulu diungkap tanpa pengisian sang pencipta teragung!!!!


Evolusi , inovasi , tekonologi , elektromagnetik dan sebagainya ciptaan bersifat sementara tetapi mampu megubah kehidupan yang hidup sebagaimana yang di kecapi dan digunapakai masa kini semuanya atas tujuan apa dihasilkan.
Jika direnung dan direnung lagi ianya memang perlu,tidak dapat disangkal sama sekali. Hasil nukilan ini bukan untuk menyalah atau menuding jari pada itu dan ini. Hanya terhasil dari pemikiran yang selama ini menghadapi banyak persoalan yang tidak dirungkai oleh aku. Aku bukan Tuhan yang mempunyai kuasa melihat masa depan , melihat dan mengetahui apa yang akan berlaku dalam kehidupan yang telah ditentukan Oleh-Nya tetapi meminta ruang di kongsi bersama oleh hasil ciptaan-Nya yang diberi akal fikiran merungkai dan memberi luahan peribadi berbeza menjawab persoalan serius ini…..
Mengapa kita hidup???
Untuk apa kita bernafas???
Apa tujuan kita berdiri di muka bumi ini pada perspektif peribadi tersendiri???

posted by ammar danish @ 6:03 AM, ,


Tuesday, September 16, 2008

Perhatian!!!

aku menulis bukan kerana nk nama , nk glamor or sebagainya...
hanya meluahkan segala kekusutan dan kecelaruan di jiwa aku ni...
jika seseapa terasa tidak mengerti dgn penulisan aku...
AKU MEMOHON MAAF kerana BM aku dlm SPM cme kredit cukop makan je....
hahahahaha...
komen la setiap pemulisan aku dengan ikhlas dan jujur....
kesalahan dan kesilapan adalah hak milik setiap insan!!!

posted by ammar danish @ 7:13 AM, ,


Sunday, September 14, 2008

Skizo

Akhirnya..Aku ada Blog..!!!!!

posted by ammar danish @ 12:46 AM, ,